Kenapa Perlu Jadi Perunding Hartanah Berdaftar ?
Pendapatan Tanpa Had
Anda yang tentukan berapa pendapatan yang anda nak dalam sebulan. Lagi banyak anda buat, laagi banyak anda dapat
Ilmu Hartanah
Dengan menjadi ejen hartanah ini, anda dapat mempelajari selok belok hartanah dengan lebih terperinci. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh.
Kebebasan Masa (Fleksibal)
Kerjaya ini memberi kebebasan memilih pada anda, boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa mengikut keselesaan anda.
Boleh Di Lakukan Oleh Sesiapa Sahaja
Mudah dilakukan walaupun anda tiada kelulusan akademik yang tinggi. Asalkan anda tahu mengira, membaca, berkomunikasi dengan orang, & mempunyai fikiran yang positif, Kerjaya ini boleh anda laksanakan.
Kerjaya Yang Profesional
Kerjaya Perunding Hartanah ini adalah satu bidang yang professional, mengajar kita cara berkomunikasi dengan orang, cara berfikir dalam menyelesaikan masalah, secara tidak langsung mengajar kita berfikir secara kreatif ketika berhadapan dengan sesuatu masalah.
Boleh Bermula Segera
Boleh memulakan kerjaya ini sebaik sahaja mendaftar sebagai ejen berdaftar dan prosesnya mudah. Saya terus sediakan personal coaching untuk anda.
Apakah tugas seorang Perunding Hartanah ?
1 - Mendapatkan Senarai Hartanah Untuk Di Jual / Sewa
Ini adalah tugas utama untuk bermula sebagai seoarang perunding hartanah. Anda perlu memperkenalkan diri kepada orang ramai dan menawarkan servis anda. Selain itu boleh dapatkan senarai pemilik hartanah yang memerlukan khidmat anda di website atau media sosial yang di tawarkan.2 - Membuat Analisa Senarai Hartanah
Senarai hartanah yang diperolehi perlu di semak dengan teliti dan tepat untuk memastikan ia tersenarai dalam listing yang berpotensi untuk di niagakan.3 - Melakukan Pemeriksaan / "Inspection" ke Atas Hartanah
Proses ini penting untuk memastikan hartanah yang akan di uruskan adalah hartanah yang sah dari pemilik dan mempunyai dokumen yang sah serta melakukan proses mengambil gambar / video hartanah tersebut.
4 - Melakukan Pemasaran Khusus (Marketing)
Pemasaran adalah tugas penting untuk memastikan sesuatu hartanah itu dapat di jual / di sewakan dalam tempoh yang cepat. Anda juga boleh memberi tahu kepada senarai pembeli berdaftar yang mencari hartanah dengan anda sebelum ini.5 - Bawa Bakal Pembeli Melihat / "Viewing" Rumah Pilihan Mereka
Tugas ini sangat penting bagi memastikan kedua pihak penjual dan pembeli dapat memastikan impian mereka tercapai. Dalam masa ini perlu diterangkan juga proses jual beli hartanah kepada bakal pembeli6 - Pembeli Bersetuju Untuk Membeli
Tugas Perunding Hartanah hendaklah memastikan kelayakan pinjaman dan memastikan pembeli mempunyai wang deposit yang diperlukan sebelum menandatangani borang penjualan.7 - Dapatkan Pembiayaan Hartanah Untuk Pembeli
Kebiasaannya pembeli akan mendapatkan pembiayaan hartanah mereka melalui bank atau melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Perunding hartanah hendaklah membantu mempercepatkan proses permohonan dalam masa yang di tetapkan.
8 - Penjanjian Jual Beli (SPA/S&P)
Perjanjian jual beli akan di sediakan oleh pihak peguam yang dilantik. Pembeli hendaklah menandatangani perjanjian selepas permohonan pinjaman diluluskan. Perjanjian Jual Beli hendaklah dilakukan di dalam masa yang telah ditetapkan.9 - Claim Komisyen Jualan
Kebiasanya proses ini proses yang sangat dinantikan. Selepas perjanjian jual beli di sahkan. Perunding hartanah berhak mendapatkan bahagian mereka melalui agensi hartanah.10 - Service Selepas Jualan
Walaupun tugas Perunding Hartanah sudah selesai. Sebagai Perunding yang bertangungjawab biasanya tugas ini akan terus dibantu sehingga pembeli mendapatkan kunci rumah mereka.Berapa Pendapatan Kerjaya Perunding Hartanah ni ?
Untuk pengetahuan anda, kerjaya Perunding Hartanah tidak ada istilah gaji basic. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Nak income lebih, kerja lebih. Pendapatan sebagai seorang Perunding Hartanah adalah melalui komisyen jualan atau sewaan rumah. Setakat hari ini, fee yang dibenarkan oleh pihak Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (LPPEH) untuk dikenakan kepada pelanggan adalah hanya sebanyak 3% sahaja dari harga jualan.
Ok.. Sebagai contoh jom kita kira….
Sebagai contoh, Sebuah rumah teres dua tingkat di Seberang Jaya , Penang telah di jual dengan harga RM500,000. Pemilik yang melantik Perunding Hartanah telah bersetuju untuk membayar 3% komisyen julan dari harga yang terjual.
3% x RM500,000 = RM15,000
Kebiasaannya Perunding Hartanah baru akan mendapat bahagian 70% dari RM15,000 tadi dan agensi 30%.
Jadi jumlah bersih untuk Perunding Hartanah tadi …. 70% x RM15,000 = RM10,500 adalah jumlah bersih komisyen jualan bagi perunding hartanah tersebut.
Ini contoh jika anda dapat jual 1 unit sahaja dalam masa 1 bulan. Bagaimana jika berjaya 2 ke 3 unit sebulan.. Walaupun harga hartanah tersebut bernilai RM200,000.
Bagaimana? Adakah lumayan. Jika Ya..
Jangan lepaskan peluang ini untuk anda mencuba satu peluang baru.
Khas untuk anda, yang berminat sertai team saya.
Peluang hanya datang sekali. Ini Peluang Untuk Anda!
Kenapa perlu tunggu orang lain berjaya baru anda nak mula. Sila lengkapkan maklumat anda di bawah. Saya akan whatsapp anda segera.
- GAMBAR UKURAN PASSPORT
- COPY IC
- BANK ACC & BANK COVER STATMENT(utk kemasukan komisen)
- REGISTRATION FEE RM 140 (Dimasukkan ke acc company GT Nelson Realty Sdn Bhd)
Setelah ejen telah berjaya didaftarkan, ejen akan dapat :
- ID CARD & LAND YARD
- GT WEBSITE PERSONAL
- NAME CARD 200pcs
- GT TSHIRT X 1